IMG-20170928-WA0015

Advertisements

Dobi layan diri.

Anak lelaki.

Ada anak lelaki kena baca sampai habis.

ANAK LELAKI.

Anak lelaki banyak energy.
Anak lelaki suka berlari.
Anak lelaki suka bergusti.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari, nanti dapat tidur berqualiti.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari supaya mood jadi happy, kurang depresi, tingkatkan memory.
Semua ni ada scientific study.

Anak lelaki perlu terapi alami.
Ada penyembuhan pada alam semulajadi.
Biar main parit. Panjat pokok sana sini.
Ini untuk tabung emosi.
Buka kasut, sentuh tanah, jalan tanpa alas dikaki.
Badan dapat create sistem immunity.

Dapat neutralize cas negative.
Kita nak restore humanity.
Jangan asyik pegang controller Dan main psp.
Terpekap dalam rumah, dinding kanan kiri.
Dihadapkan pasif skrin entertainment dari phone sampai tv.

Beri anak lelaki haiwan peliharaan.
Tak kisahlah walaupun ikan guppy.
Supaya belajar rasa empathy.
Moga besar jadi suami mithali.
Tak da la ego meninggi. (Kannnn)

Anak lelaki perlu ayah disisi.
Untuk jadi idola diri.
Spend lah time ke masjid. Suggestion saja ni.
Kalau buat Allah sukai.

Anak lelaki perlu ibu, sentiasa dengar Dan mengasihi.
Memang macam-macam perangai dia buat, kadang-kadang sakit hati.
Jiwa kena kental, sabar tidak bertepi.
Cakap sekali belum tentu bergerak.
Kenalah ingatkan beberapa kali.
Bukan semberono ya.
Ada cara dan seni.
Otaknya tak boleh proses banyak benda, satu arahan satu situasi.

Rasa-Rasa nak mengamuk, cakap pada diri,
Ini amanah Illahi
Tugas kita bukan menghakimi
Tapi mendidik
Beri kasih sayang, tanpa belah bahagi.

Ini soalan yang last sekali

Dah peluk anak lelaki pagi tadi?
Sekejap saja mereka membesar
Peluklah selagi berdenyut nadi.

Ikhlas dari,
Ibu anak empat.
Semuanya lelaki.

Oleh: Khadijah Tahirah Seikh Salim
Via: Ibu Bapa Prihatin

Silakan Share

Talipon

Assalam..mohon baca sebentar..sgt2penting utk kita semua..moga kita semua dijauhkn dr bencana yg diluar jangkaan kita..Aamiin

Copy dr group WA..

Adakah anda kerap membuat panggilan atau menerima panggilan di ruang dapur anda?

Nama saya Dr. Ademola. Pada 3 hari yang lepas suami saya juga seorang doktor berkongsi kejadian sedih, 6 individu telah dimasukkan ke bahagian kecemasan bagi kecederaan terbakar yang mereka alami semasa membuat atau menerima panggilan telefon di dapur dengan dapur gas MENYALA. Ketuhar gelombang mikro juga berbahaya. Sesetengah daripada mereka memasak dengan telefon diletakkan di telinga dan dikepit dengan bahu.

Hentikan tabiat membuat atau menerima panggilan telefon di dapur. Ianya sama seperti membuat atau menerima panggilan telefon di kawasan stesen minyak. “Tolong jangan lupa kongsikan info ini dengan orang yang tersayang”. Jika panggilan tersebut adalah sangat penting, jauhkan diri daripada dapur gas dalam jarak 10-12 kaki. Ingatlah bahawa keselamatan anda adalah keselamatan buat keluarga anda juga.

Share shj…xperlu minta izin..

Kentut.

*KENTUT*

Kentut adalah satu tanda bahawa badan anda telah menurunkan jumlah serat yang sihat dalam badan anda.

Selain itu, ia bermakna terdapat bakteria yang sihat dalam usus anda dan bahawa badan anda sedang berfungsi dengan betul. Jika kentut anda tidak berbau, jangan risau kerana ia juga adalah perkara yang normal.

Bau yang datang bersama-sama dengan kentut biasanya dari hidrogen sulfida, yang dipecahkan dari pelbagai makanan yang telah dimasukkan ke dalam badan.

Apabila sedang dicerna, ia adalah sebahagian daripada proses dalam mewujudkan bau yang akan menemani gas yang anda lepaskan itu. Kini, terdapat pelbagai peringkat kentut berbau.

Menghidu Bau Kentut Busuk Orang Lain Mungkin Akan Membantu Seseorang Itu Untuk Hidup Lebih Lama
Menurut satu kajian, menghidu kentut orang lain akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi.

Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.

Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

Bagaimana Pula Dengan Kentut Yang Terlampau Busuk?

Mungkin akan ada yang berfikir mereka sebenarnya tidak sihat disebabkan kentut mereka yang sangat busuk itu. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah sangat baik dan bagus untuk anda!

Bau yang terlampau busuk ini bermaksud diet anda adalah cukup dengan makanan yang menghasilkan hidrogen sulfida yang berat – yang biasa berlaku kepada orang yang mengamalkan diet tinggi dengan serat.

Makanan ini termasuk telur, kacang dan brokoli. Daging merah adalah makanan utama yang akan membuatkan kentut anda menjadi sangat busuk.

Satu-satunya masalah yang mungkin datang bersama-sama dengan kentut berbau adalah: ia akan berlaku serta-merta selepas anda mengambil apa-apa produk tenusu.

Bagi kentut berbau selepas anda meminum segelas susu atau apa-apa bahan tenusu mungkin adalah tanda-tanda kepada intoleransi laktosa. Kentut berbau yang sangat kronik juga mungkin menjadi tanda kepada masalah gastrousus, seperti sindrom usus terganggu.

Tetapi ini adalah kes-kes yang lebih jarang berlaku, kerana kentut berbau umumnya tanda usus yang sihat.

Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dengan kentut anda sendiri kerana pada hakikatnya, ia mungkin dapat membantu anda dalam melawan penyakit…

*Selamat Hari Kentut SeDunia*

3s

*‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*Salam Perak Amanjaya & Salam 1Malaysia.*

🇲🇾🗞 *_BERITA PILIHAN HARI INI_*
==========================
*26 September 2017 – Selasa*
*5 Muharram 1439 Hijrah*

➡ *NASIONAL*
1. KUALA LUMPUR: Saluran rasmi tinjauan Bajet 2018, bajet2018.najibrazak.com terus dihujani pelbagai pandangan dan idea berhubung isu yang dekat di hati rakyat. Antara idea disuarakan orang ramai ialah memohon pembinaan hospital khas untuk kanak-kanak, pemansuhan bayaran lesen memandu dan tuntutan rebat cukai pendapatan.
2. KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengerusi ASEAN berhubung situasi kemanusiaan di Rakhine, hanya mengetengahkan kebisuan badan itu terhadap nasib malang menimpa pelarian Rohingya. Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata kenyataan itu mengabaikan pelbagai perkara penting, sekali gus gagal menggambarkan situasi menyedihkan di Rakhine.
3. KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara sebagai langkah menaik taraf Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU) sedia ada. Keputusan itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan pada Siri Dialog TN50: Melangkah ke Hadapan Meneruskan Agenda Integriti Negara, bersama Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), hari ini.
4. CYBERJAYA: Hospital Cyberjaya yang bakal siap menjelang 2020 akan menjadi pelengkap kepada rangkaian perkhidmatan kesihatan awam di Selangor, selain dapat mengurangkan kesesakan di Hospital Putrajaya dan Serdang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata hospital dengan 288 katil itu terletak di Cyber 11 di sini akan memberi perkhidmatan kepada penduduk Cyberjaya, Dengkil dan juga Sepang.
5. SHAH ALAM: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kes penipuan oleh syarikat yang didakwa terbabit dalam skim perumahan mampu milik tidak sah di seluruh negara. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar, berkata ia susulan laporan penipuan membabitkan skim perumahan mampu milik yang didapati tidak sah, termasuk yang tersebar menerusi media sosial.
6. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan melakukan kajian menyeluruh dan pengurusan risiko sebelum membuat keputusan untuk melabur di luar negara termasuk pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS). Perdana Menteri berkata, keputusan untuk meneruskan pelaburan itu juga bukan ditentukan beliau yang juga Menteri Kewangan atau ahli politik, sebaliknya dilakukan golongan pakar dan profesional.
7. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rakyat Malaysia bakal menikmati kemudahan WiFi percuma sehingga hujung tahun ini. Perdana Menteri berkata, insentif itu akan ditawarkan di lebih 5,800 lokasi hotspot di seluruh negara.
8. CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan memohon dana lebih besar dalam Bajet 2018. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata peruntukan sebanyak RM23 bilion tahun lalu tidak mencukupi berikutan peningkatan kos perubatan.
9. KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu belia daripada semua kaum memahami dengan jelas Perlembagaan Persekutuan demi menjamin perpaduan serta masa hadapan negara. Tengku Abdullah bertitah, Malaysia berjaya sejak sekian lama kerana masyarakat majmuknya saling hormat dan memahami berikutan kewujudan sosial kontrak yang dihasilkan generasi terdahulu.
10. KUALA LUMPUR: Siri jelajah terakhir Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2017 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim hujung minggu lalu berjaya menarik kehadiran ramai graduan baru tamat pengajian yang ingin segera mendapatkan pekerjaan. Kebanyakan pemohon yang ditemui mengakui SL1M adalah program terbaik disediakan kerajaan untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan, malah ramai yang menunggu penganjur mengadakan program itu di lokasi terdekat dengan mereka untuk menghadirinya.

➡ *POLITIK*
1. SEREMBAN: Pemimpin Barisan Nasional (BN) terutama UMNO, perlu memperkemaskan cara berpolitik masing-masing dengan lebih kerap menjawab pelbagai tuduhan serta mematahkan hujah dangkal pembangkang. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pemerhatiannya mendapati pemimpin BN terlalu memberi perhatian kepada tugas mentadbir negara sehingga memberi peluang kepada pembangkang memainkan pelbagai isu.
2. GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini, dibidas kerana didakwa cuba mengelirukan rakyat berhubung isu peruntukan projek tebatan banjir berjumlah RM2 billion yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada negeri itu. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow yang mempersoal kenyataannya berhubung isu terbabit disifatkan berniat jahat.
3. SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu sedar bahawa pelabur tertarik ke Selangor bukan kerana dasar yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata pelabur luar negara terutamanya dari China berminat melabur kerana pelbagai kemudahan yang disediakan Kerajaan Persekutuan.
4. KOTA BHARU: DAP yang tidak pernah bertanding di Kelantan mahu berbuat demikian bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14). Parti itu menyampaikan hasratnya kepada pakatan pembangkang negeri itu untuk berbuat demikian. Timbalan pengerusi pakatan pembangkang di Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah, berkata ada permintaan daripada parti berkenaan untuk merebut kerusi DUN di negeri ini.
5. KUALA LUMPUR: Belum ada perbincangan secara rasmi mengenai kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong antara MyPPP dengan mana-mana parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas, berkata pada masa ini parti itu menamakan dua kerusi itu kerana mereka mempunyai calon yang boleh menang dan mendapat sokongan penduduk di kawasan berkenaan.

➡ *EKONOMI*
1. KUALA LUMPUR: Konglomerat automotif tempatan, Naza World Group, akan memberi tumpuan kepada jenama motosikal premium selepas anak syarikatnya, Naza Prestige Bikes Sdn Bhd, menghentikan operasi sebagai pengedar Harley-Davidson di negara ini. “Susulan pengumuman ini, Naza World Group akan memberi tumpuan kepada jenama premium lain seperti Indian Motorcycles; Ducati; Aprilia; Piaggio; Vespa dan jenama Naza, sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan dua roda,” kata Naza World dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
2. KUALA LUMPUR: DHL Express, penyedia perkhidmatan ekspres antarabangsa, mengumumkan peningkatan harga purata am tahunan sebanyak 6.9 peratus di Malaysia, berkuat kuasa 1 Januari 2018. Ia membabitkan penghantaran antarabangsa dengan berat sehingga 300 kilogram (kg).
3. KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd memperbadankan anak syarikat milik penuhnya, Ground Team Red Holdings Sdn Bhd (GTRH), syarikat sendirian berhad, yang bertujuan untuk aktiviti pegangan pelaburan perniagaan perkhidmatan lapangan terbangnya. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AirAsia berkata, GTRH memiliki modal saham terbitan dan berbayar awal RM2 terdiri daripada dua saham biasa bernilai RM1 setiap satu dan ketika ini mempunyai dua pengarah iaitu Pattra Boosarawongse dan Anajuk Chareonwongsak.

➡ *AGAMA*
1. Rasulullah saw bersabda : “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam : jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka bertanyalah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan ‘yarhamukallah’ , dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke kubur).” (HR Muslim)

➡ *LUAR NEGARA*
1. KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Arakan Rohingya (ARNO) menempelak Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi yang gagal mengetengahkan krisis kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya dalam ucapannya minggu lalu. Presiden ARNO, Nurul Islam, berkata ucapan Suu Kyi itu hipokrit serta penerima Anugerah Nobel Kemanan itu tidak lagi layak untuk menyatakan pendirian berhubung genosid terhadap Rohingya.
2. KLUNGKUNG: Hampir 35,000 orang dipindahkan dari sebuah gunung berapi di pulau pelancongan terkenal Bali, Indonesia selepas ia didapati semakin aktif dan mungkin meletus tidak lama lagi. Pihak berkuasa melaksanakan larangan zon lingkungan 12 kilometer dari sekitar kawah Gunung Agung, ketika aktiviti gunung berapi itu semakin meningkat semalam menyebabkan gegaran di timur destinasi pelancongan terkenal dunia itu.
3. WASHINGTON: Korea Utara, Venezuela dan Chad ditambah dalam senarai negara disasarkan dalam larangan perjalanan oleh Amerika Syarikat (AS) berikutan keadaan keselamatan buruk dan kurang kerjasama dengan pihak berkuasa negara terbabit. Sudan, satu daripada enam negara majoriti Islam dalam larangan asal, dikeluarkan daripada senarai, meninggalkan lapan dengan sekatan penuh perjalanan atau sebahagian ke AS.

➡ *SUKAN*
1. KUALA LUMPUR: Walaupun gagal dalam usaha untuk merekodkan gelaran ketujuh Terbuka Jepun, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan pencapaian dilakarnya sepanjang menyertai kejohanan bertaraf Siri Super itu sesuatu yang cukup positif. Bagi pemain nombor tujuh dunia itu, tiada apa yang perlu dikecewakan susulan kekalahannya di tangan juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen 14-21, 21-19, 14-21 dalam aksi final, hari ini.
2. KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali merayu kepada semua peminat permotoran tempatan hadir menyaksikan perlumbaan terakhir Formula 1 (F1) di Malaysia hujung minggu ini. Katanya, penganjuran yang bertemakan F1nale kali ini menjadi peluang terakhir buat mereka yang belum pernah menyaksikan perlumbaan empat roda itu secara langsung di litar.
3. KUALA LUMPUR: Pencarian bakat baharu membabitkan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam bidang sukan perlu diteruskan agar Malaysia tidak ketandusan atlet bagi mewakili negara pada temasya sukan akan datang. Pengurus pasukan olahraga Para ASEAN Malaysia, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah berkata pencarian perlu dilakukan segera bagi persiapan negara ke temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Indonesia 2018 dan Sukan Para ASEAN Filipina pada 2019.
4. BERLIN: Kecederaan yang melanda penjaga gol utama, Manuel Neuer memaksa kelab Bundesliga, Bayern Munich menamakan jurulatih akademinya, Tom Starke dalam skuad Liga Juara-Juara. Bayern akan berkunjung ke Paris Saint-Germain (PSG) pada Rabu ini dalam perlawanan tumpuan Kumpulan B yang turut terdiri daripada pasukan Celtic dan Anderlecht.
5. PRAGUE: Pemain tenis nombor dua dunia, Roger Federer menjamin kemenangan Pasukan Eropah untuk meraih gelaran sulung Piala Laver, selepas menewaskan wakil Pasukan Dunia, Nick Kyrgios, pagi tadi. Federer yang mengecap gelaran Terbuka Australia dan Wimbledon tahun ini meraih kemenangan 4-6, 7-6 (8/6), 11/9 untuk membantu Pasukan Eropah mendahului kejohanan dengan kedudukan 15-9.

*_BIRO IT UMNO BUKIT GANTANG_*
“””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””
*_”Jauhi Fitnah, Semak Sebelum Sebar (3S)”_*

Hijrah.

Assalamualaikum

Alhamdulillah…
Sempena tahun baru…
In syaa Allah jom kita hijrah kepada kebaikan…

Ustaz Ubaidillah Al-Musawi kata…

Berhijrahlah sedikit demi sedikit…
Dan, cuba istiqomah…
Dan, bermohonlah kepada Allah, agar diberi kekuatan untuk istiqomah…

Dahulu tidak solat di masjid…
Sekarang, solatlah di masjid atau surau, walau hanya 1 waktu sehari…

Dahulu tidak membaca Al-Quran…
Sekarang, bacalah walau 1 ayat sehari…

Dahulu senyum di depan tabung…
Sekarang, dermalah walau hanya 10sen sehari…

Dahulu tidak tahu membaca tulisan jawi…
Sekarang, sudah tahu mengenali 1 huruf sehari…

Dahulu tidak membaca do’a dalam melakukan sesuatu perbuatan…
Sekarang, membaca Bismillah untuk permulaan harian…

Dalam kuliah Ustaz Mat Esa Deraman…
Nabi S.A.W. mengajar do’a yang ringkas…
Ia merangkumi, Dunia, Akhirat serta perlindungan dari Api Neraka…
(Ya Allah, Kurniakanlah kami kebaikan di Dunia dan kebajikan di Akhirat, dan jauhkanlah diri kami dari azab Neraka) terjemahan ayat…

Dahulu tidak memandang…
Sekarang, bersalam walau tidak kawan…

Dahulu tidak memberi salam…
Sekarang, memberi salam walau berjauhan…

Dahulu membiar…
Sekarang, menghargai…

Dahulu membenci kebaikan…
Sekarang, mengasihi kebaikan…

In syaa Allah, kita mampu hijrah…
Setiap di Dunia tidak pernah lepas dari ujian…
Tidak pernah lepas daripada Allah…
Kepada Allah tempat kita berserah…
Kepada Allah tempat kita bertenang…
💚

Tips belajar.

Antara tips belajar yang disebutkan ulama’ silam ialah seperti berikut:

Kata Imam Sufyan al-Thauri:

Permulaan ilmu itu ialah engkau diam, kemudian kau dengar dengan baik, kemudian hafal, lalu kau amalkan kemudian barulah disebar dan diajarkan kepada orang lain.
[Jami’ bayan al-Ilm wa fadhlih 1/118]

1. Diam. Jangan rasa serba tahu. Bagaimana nak dapat ilmu kalau awal-awal lagi dah rasa tahu semua benda. First step to gain knowledge is to humble ourself by admit that we know nothing and we want to learn.

2. Dengar betul-betul apa yang disampaikan. Tak semestinya kita perlu terima bulat² apa yang disampaikan but atleast dengar dulu apa yang disampaikan sebelum menilai.

Masalah kita ialah kita nilai dulu sebelum dengar penjelasan. Kita judge dulu sebelum baca full statement. Listen first before make any conclusion.

3. Amal. Banyak ilmu yang melekat dalam kepala sebab kita amal. Yang kita tak amal, mudah kita lupa. Lagipun memang tujuan ilmu untuk beramal. So try our best to practice what we have learn. It much better than only memorize it.

4. Sampaikan. Ini sebenarnya last stage. Bila dah dengar, fah belajar dan kaji, amal pun dah barulah kita sampaikan.

In Shaa Allah